Wednesday, November 9, 2011

disini kasihku kembali bersemi

Puas aku bertanya,kenapa susah baginya untuk memahami bahawa antara kami sudah tiada apa-apa lagi,sudah ternoktah jalinan kasih yang pernah terbina sedikit masa dulu..Masa yang panjang kami lalui dengan bermacam dugaan,indah,suka,sedih,semuanya terhimpun menjadi satu.


Sudah seminggu aku melarikan diri dari kesibukan kota,di daerah ini. Aku mencari ketenangan,berjauhan dari kemelut yang aku hadapi dengan Jay, jelas sekali aku ingin melupakan nya,saat ini aku ingin sendiri,aku  kesini setelah permohonan cuti ku lulus.Handphone pun aku tutup kerana tak mau di ganggu..terasa damai aku disni..


"kenapa Nia?"Jay tetap mengasak aku dengan pertanyaan ini,.
"aku ingin mencari ketenangan" jawab ku lembut.
"tolong la Nia,jangan kau dera diriku dengan keputusanmu ini"Jay masih merayuku.
"Jay,look,bila Nia tak lagi mempercayai  Jay,bagaimana kita akan meneruskan hubungan ini?"soal ku
"Nia,maafkan Jay okay,i tak bermaksud begitu sebenarnya tapi..."
"tapi u tak percaya pada diri u sendiri kan?"potong ku pantas,aku lemas dengan situasi ini.
"Nia please sayang,i need u,i really love u honey"
Aku cuma memandang kosong ke wajah Jay.


Aku tinggalkan Jay dengan persoalan nya tentang hubungan kami.Hati ku menjadi tawar sekali untuk meneruskan hubungan dengannya.Setelah aku menemui bukti nyata tentang 'permainan'nya antara seseorang yang aku kenali.Aku tak menunggu lama untuk membuat keputusan ini,kerana selama ini aku begitu mempercayai nya.Kenapa,kenapakah aku harus begitu mempercayai lelaki ini.Sekarang bila dia curang di belakang ku,akulah yang merana.Entah kenapalah dia tega melakukan hal ini kalau benar dia menyintai ku.Tidak ku nafikan,aku masih sayangkannya,di saat berjauhan ini,aku begitu rindukan nya,tetapi entah mengapa keras hati ku untuk memaafkan nya..
'aah'sebuah keluhan kulepaskan.Aku teringat pada abang Jusoh,abang kawanku .Satu masa dulu,dia pernah menasihatiku,jangan selalu mengeluh Nia..tak baik,tapi aku merasakan,setelah lepas sebuah keluhan,bagai ada kelegaan dalam dadaku yg terhimpit dengan seribu kedukaan ini.


Aku berjalan-jalan di pantai sambil mengutip kerangan.Ada yang cantik akan ku bawa pulang sebagai kenangan.Santai sekali aku rasakan dapat menhirup udara bersih di pantai laut cina selatan ini,tiada bentuk pencemaran yang kulihat,kebiruan air lautnya menenangkan gelora  yang sentiasa menghempas ke pantai hati.Lemas aku sendirian.


Aku selalu tertanya-tanya,kenapa masa aku solo,tiada teman,hidup aku gembira,cuma sesekali di jengah duka,tetapi setelah aku berkawan rapat dengan Jay bermula lah episod2 duka,luka dan derita.
Aku hairan,sepatutnya kami lah pasangan yang bahagia,kerana saling menyintai,.Tapi sebaliknya ada saja yang tak kena antara kami,selalu berselisih faham,merajuk dan berbaik semula,begitulah sudah hampir dua tahun hal ini berlaku.Aku pun tidak tahu,bagaimana harus menghentikan nya,kerana yang pasti ianya berterusan ...


Aku benar-benar mendapat sedikit ketenangan berjalan-jalan di gigi air,memerhatikan ombak-ombak berlarian mengejar pantai,kakiku basah di simbah air laut yang berbusa-busa itu..camar-camar berterbangan di angkasa..bayu laut menjamah lembut pipiku,kubiarkan rambut ikal mayangku lepas bebas kerana merasa pasti aku sendirian..sedang selendang yang kupakai,ku sidaikan di bahu...aku tersenyum sendirian sambil menyanyi-nyanyi kecil..aduhai,aku ingin suasana ini terus menjadi milikku..dapatkah?...


Lewat senja aku pulang ke chalet penginapanku,terasa lelah kerana perjalanan yang jauh menyusuri pantai,aku membersihkan diri ,mandi dan siap bersolat maghrib..Tidak terasa lapar walupun seharian aku cuma makan sedikit,entahlah seakan mati seleraku sekarang,namun kerana tidak mau sebarang penyakit datang,ku alas perutku dengan sekeping roti yg tersimpan didalam freezer...segelas susu sudah cukup untuk aku merasa kenyang..Kalau Jay tau aku menghindari makan begini,bising saja mulutnya mengomel,memang dia terlalu mengambil berat tentang diriku,kerana itu aku sukar sekali melupainya,tapi kerana apa yang dia telah lakukan,menutup segala ruang rinduku padanya...Kejamkah aku?..Entahlah...Masih juga aku memikirkan nya..aah..sukarnya melupakan kenangan indah bersama mu..Jay...


Diam tak diam,cuti ku pun berakhir,dengan rasa berat hati,aku berkemas-kemas untuk pulang semula ke kota..namun entah mengapa hati ku kurang enak saja..Tapi tak ku indahkan..Aku pulang ke esokkan harinya dengan menaiki penerbangan pertama..Sampai di rumah,aku di kejutkan dengan sepucuk surat..perlahan-lahan aku tatapi baris-baris yang tertulis...aku kenal dengan pengirim surat itu,malah tersangat aku kenal orang nya..Julie,teman karibku ,dialah yang telah merosakkan kepercayaanku pada Jay..aku tatapi bait ayat yang tertulis sehingga akhirnya..ternyata Julie menyesali apa yang telah terjadi,sesungguhnya dia mengakui sangat cemburu melihat keintiman aku dan Jay sehingga sanggup menggoda Jay agar dapat mendampingi nya..Namun Julie berterus terang bahawa sebenarnya Jay sangat menyayangi aku dan tidak tergugat segala kasihnya padaku walau apa yang Julie cuba lakukan untuk menawan hati Jay..Julie bermohon agar aku menerima Jay kembali kerana Jay tidak bersalah..Julie telah menerima balasan diatas perbuatan nya dimana saat ini terlantar di hospital akibat kemalangan jalanraya selepas cuba mencari aku untuk memohon maaf diatas segalanya..Jay tidak bisa di tawan walau seribu bidadari,hati Jay hanya untuk Nia saja..begitu antara isi surat Julie..surat itu ditulis oleh adik Julie,dimana Julie berada di dalam keadaan yang tidak stabil..Aku tergesa-gesa bersiap-siap untuk menemui Julie dengan perasaan yang bercampur baur...


Penuh sesak di kawasan tempat letak kereta hospital waktu aku sampai..Waktu melawat telah hampir kepenghujung tapi aku kira masih sempat lagi untuk menziarahi Julie..Melalui adiknya aku dapatkan wad dimana Julie di tempatkan.Sesampainya disana,aku terpegun melihat keadaan Julie,begitu parahkah sehingga keadaan nya sangat menyedihkan.Sebelum menghampiri katil Julie,sekali lagi aku tertegun pada sesusuk tubuh di depanku..Jay...dia kah itu..wajahnya yang tenang nampak sedikit cengkung di mata ku..aku terhenti seketika,tiba-tiba saja dadaku bergetar apabila mataku bertatapan dengannya,namun kerana asal tujuan ku untuk menemui Julie,kuteruskan langkah sehingga sampai kekatilnya..kuraih lembut tangan Julie,sejuk sekali..ku genggam erat,titik2 jernih mengalir laju membasahi pipiku.Jay menghampiriku lalu di hulurkan nya tisu,dengan selamba di sapunya airmataku,lalu tanpa silu aku menyembunyikan tangisan dalam dakapan Jay,aku menangis kerana kesedihan dengan keadaan Julie dan menangis kerana tidak lagi tertahan terlalu amat merindui Jay...bila aku tersedar,cepat-cepat aku menjauhi Jay,tapi Jay hanya tersenyum memerhatikan aku..aduh..kenapa dengan aku ni?..aku termalu sendiri..


Rupanya adegan antara kami itu di perhati oleh Julie dengan sudut matanya..dia telah sedar,namun amat lemah dan tidak berdaya,aku di fahamkan dia mengalami kecederaan tulang belakang yang agak parah dan mungkin mengambil masa untuk sembuh semula..kami merapati Julie dan memandangnya dengan senyuman..'ya' aku mengangguk2kan kepala,'aku dah maafkan kau Julie,jangan lah fikirkan nya lagi..aku harap kau cepat sembuh..'lupakan apa yang telah berlaku..'..


Setelah hampir setengah jam bersama Julie,aku minta diri untuk pulang,dan berjanji akan datang lagi..Jay mengikuti aku keluar dari wad yang di huni Julie sambil memanggil namaku,aku tidak meghiraukan nya dan terus saja buru-buru kepintu lift..


"Nia,tunggu"laung Jay dengan suara yang hampir terjerit..
aku tidak mempedulikan nya kerana di hati masih  tersisa rajuk dan marah yang lama..Ah lift ini pun satu,lambat pulak sampainya..akhirnya Jay dapat juga mengejarku,diraihnya lenganku aku cuba melepaskan diri darinya..
"Nia,sudah lah..U dah tau kan semuanya dari Julie,jangan lah begini terus,kasihanilah Jay..jangan tinggalkan Jay lagi Nia,please"..Jay tak peduli pada mata-mata yang memandang disekeliling kami,tak mau menjadi tontonan aku biarkan tanganku dipimpin Jay sehingga ke tempat letak kereta.Jay mengenggam erat seakan tak mau melepaskan aku pergi .sehingga aku rasa perit..

'Jay please.let me go' pintaku setelah aku membuka pintu kereta..
'Nia.i will let you go,but promise me that you'll be back in my life like before'..Jay masih mengharapkan aku ..
aku terdiam seketika,lama Jay menunggu,merenung wajahku,aku tunduk,tak terdaya menentang mata Jay yang memang punya daya penarik itu,mata yang sangat aku sayangi,aku rindui..aku memejamkan mata seketika..
Bila aku membuka mataku,kulihat Jay begitu hampir sekali denganku,masih menunggu,akhirnya aku mengangguk perlahan..'yesss.'.Jay terjerit kegembiraan..ishy Jay..malu lah..orang tengok tu..aku berbisik ,protes pada lagak Jay itu..
Jay cuma tersenyum manis,terlalu gembira dia,hampir saja dia merangkul aku disitu..sempat pula tanganku mencubit lengannya kerana tak mau diam..'hahaha' Jay ketawa keriangan,setelah sekian lama aku tidak mendengar hilai tawanya,hari ini aku berpeluang mendengarnya lagi..akhirnya aku turut tersenyum dengan gelagat Jay itu dan sejak hari itu Jay kembali menjadi milik Nia selamanya...

Tuesday, November 8, 2011

Bulan November,Bulan Sejarah

November datang lagi..setiap tahun selepas 6 tahun aku tak pernah melupakan bulan ini..penuh di dalamnya segala episod suka duka ku..aduhai alangkah cepatnya masa berlalu,meninggalkan segala sedih pilu yang ku lalui...setiap kali terkenang pastinya air mata ku berlinangan..
Aduhai...tak pernah aku impikan segala yang terjadi..untuk menyesali tidak sama sekali..jujur aku katakan aku benar2 redha pada apa yg terjadi,cuma aku sedih menghadapi hari ini...
Kenapa orang-orang yang aku sayang tak pernah memahami apa yang aku mau kan?..kenapa hati dan perasaan aku di dera semau nya...kenapa mereka semua nya begini...
lemah kaki ku melangkah ,sambil terus memikirkan apa yg harus aku lakukan..haruskah aku membawa diri jauh dari mereka,patutkah aku terus berkelana...kenapa aku sering gagal dalam mencari bahagia...Bila saja November muncul setiap tahun,aku rasa phobia ...akan berulangkah kisah luka ku di bulan ini..rasa nya ada lebih baik aku hidup bersendirian tanpa sesiapa...mereka tak pernah tau menilai apa yang aku inginkan..harapan dan impian aku terhadap mereka,tidak mereka endahkan..lalu apakah perlunya aku disisi mereka lagi..penat sudah aku memberi ingatan,mengajar dan mendidik mereka,apa yang aku dapati hanyalah kekeciwaan,bila segala kata2 dan arahanku tak di pedulikan..aku merasa tak pernah di hargai...saat ini aku benar2 terasa sedihnya...begitu rumit untuk menjadi seorang ibu yang tabah..yang kuat menahan segala dugaan dan ujian...

Sunday, May 8, 2011

Bertukar Kepada Kehidupan Lebih Baik

 AMAZING

kandungan*gabungan madu asli dan herba terpilih,madu asli,kismis,buah tin,kurma 
merah,habbatus sauda,buah zaitun,dong quai.dang shen,ubi jaga .
kepada penyakit spt gastrik,luka dalam perut kesan pembedahan
 ,kelesuan batu karang dan lain2..


 ADUKA

khas untuk kaum lelaki




NU~CELL

Produk terhebat di pasaran untuk mengurangkan kedut, menegang dan memudakan kulit serta menguatkan tulang (dengan bio kalsium) dan membantu melawaskan pembuangan air besar (mengganti inte-cleanse!)...hanya dari DCL !!!
                                    INTERCLEANSE


  Membantu sistem


 pembuangan



BIDADARI


diperbuat dari herba2 terpilih..
antaranya kurmamadu asli 
manjakani,sireh ,serai,akar serapat
jarum emas,kacip fatimah
meningkatkan seri wajah 
dan pemangkin dalam 
hubungan suami isteri 


KOPI RED GUARA

kesan:bertenaga sepanjang hari,rasa kenyang dan
menghilangkan rasa mengantuk di siang 
hari...bahan-bahan campuran terdiri dari guarana,
kopi arabica,ubi bit merah
yis beras merah,krimer tanpa tenusu  
D-GENIUS DAN E-GENIUS 

makanan otak terbukti berkesan untuk menyuburkan otak
(meningkatkan fungsi otak,meningkatkan proses 
pengawalaturan CENTRAL NERVE SYSTEM-CNS)

Q-SHE

 membaik pulih struktur kulit,menegangkan payudara



RYILEX

 *membantu membuka saluran darah
*menangani masalah stroke

*mengatasi masalah jantung
Pilihan terbaik dijadikan amalan oleh pesakit jantung,

stroke dan ketegangan leher(carotid arterys hardening)




Pertemuan kadangkala sangat indah dan mengembirakan apabila pertemuan itu mengandungi kebaikan didalamnya..diantara yang di temui baru2 ini adalah satu Produk Yang Sangat Hebat Iaitu Produk Kesihatan DCL..

Wednesday, February 23, 2011

sembang-sembang

hari ini 23.2.11,aku baru dapat menulis di laman ini...dalam keadaan huru hara bila opis sedang di ubah suai..segalanya menjadi lintang pukang..penat sebenarnya...tapi apakan daya..semua staff terlibat..berbagi-bagi kerja...kehidupan seharian macam biasa...senario yang serupa...

Thursday, February 10, 2011

menjengah ke tahun baru 2011

salam...begitu lama nya blog aku ini tak di update..kekurangan masa dan masalah line yang teramat la slownya...
dah 2 bulan berlalu di tahun yang baru ini...berbagai peristiwa telah pun ku lalui,yang pahit,yang manis..semuanya ada...yang mngembirakan,juga yang mendukacitakan pun ada...
31hb januari yang lalu tamat lah 3 tahun aku berada dalam perjanjian ikatan kontrak dengan pernec,syarikat aku sekarang..kini aku telah memegang jawatan tetap di sana..alhamdulillah...

Wednesday, December 15, 2010

sekadar persinggahan

Agak lama juga aku tak update blog ni..banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini..Apakan daya,aku tidak ampu untuk mempertahankan sebuah perasaan dari terluka.Apa yang terjadi,aku terima dengan lapang dada.Begitu pantasnya segalanya berlaku,sehingga aku tak sempat untuk memikirkan nya.


Menjalani hari-hari di depanku tanpa dia,cukup meresahkan..tiada lagi senyum tawa dan gurau senda..segalanya sirna lah sudah..sepi menjadi teman akrab ku kini..kembali aku melalui lorong-lorong hidup seperti waktu tanpanya..aku harus biasa dengan keadaan ini..

Tuesday, October 26, 2010

Bee

Lebah




Lebah Madu mengutip debunga
Lebah Madu mengutip debunga








petua mengurangkan batuk
:ambil sedikit madu lebah yang asli,campurkan dengan perahan limau nipis atau lemon,di kacau kemudian di minum sebelum waktu tidur..ulangi nya sehingga batuk anda reda..cubalah..insyaAllah,mujarab



ada banyak kegunaan madu


madu lebah penuh khasiat


Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.


Hari ni aku cite pasal lebah lak..ni sebab ada kena mengena dgn nama aku..so juga sebagai ilmu..kongsi2kan bersama...lama x update blog ni..lately aku sibuk sangat..kerja sampai malam..so kurang nya masa...