Tuesday, October 26, 2010

Bee

Lebah




Lebah Madu mengutip debunga
Lebah Madu mengutip debunga








petua mengurangkan batuk
:ambil sedikit madu lebah yang asli,campurkan dengan perahan limau nipis atau lemon,di kacau kemudian di minum sebelum waktu tidur..ulangi nya sehingga batuk anda reda..cubalah..insyaAllah,mujarab



ada banyak kegunaan madu


madu lebah penuh khasiat


Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.


Hari ni aku cite pasal lebah lak..ni sebab ada kena mengena dgn nama aku..so juga sebagai ilmu..kongsi2kan bersama...lama x update blog ni..lately aku sibuk sangat..kerja sampai malam..so kurang nya masa...

Sunday, October 17, 2010

Rumah Api Tanjung Tuan

Hari ini 17hb Oktober aku dan anak-anak berpeluang mendaki rumah api tanjung tuan..Pendakian memang memenatkan tetapi berbaloi bila sampai di puncak.Pemandangan memang amat cantik sekali dari luar rumah api tersebut.
Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.
Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.
Rumah Api Tanjung Tuan.

Saturday, October 16, 2010

santai

Hari ini aku bersama anak2 menghuni kediaman ilham resort..percutian yang tak di rancang ini mengembirakan anak2..aku seronok melihat mereka,biarpun jauh di hati aku ini sedikit resah tentang semuanya..tapi aku biarkan saja ianya berlalu..yang penting mereka ceria..ketawa riang mereka dapat membunuh sepi ku seketika..dari tepi kolam inilah aku mencari idea utk berkarya..santai sekali rasanya hari ini..walaupun aku mengharapkan seseorang hadir menemani aku..tapi aku tahu tak mungkin..siapalah aku untuk mengharap....

Sunday, October 10, 2010

PutraJaya_ 101010

Tarikh 10/10/10 dinanti-nantikan oleh ramai orang..semuanya ingin mencatat memoridi tarikh keramat ini..hari ini aku berada di perkarangan masjid indah putrajaya,selepas selesai menunaikan solat zohor..ku abadikan gambar kenangan ini yang di ambil oleh cameraman khas di impot dari kuala lumpur..maka terakam lah kenangan ini untuk selama-selamanya..sekurang-kurangnya aku juga ada mencatat kenangan untuk tarikh 10/10/10 yang menjadi penantian ramai orang sebelum ini..hari ini juga adalah pertemuan pertama aku dengan seseorang yang telah menjadi 'cikgu' secara tidak langsung kepada beberapa perkara yang aku tak tahu tentang penggunaan dan asas membina satu empayar blog di maya ini..jasamu ku kenang..terima kasih cikgu..

Saturday, October 9, 2010

share dari link rodong

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition)

Semoga sangat bermanafaat untuk semua..

maya ke alam nyata

Salam buat teman-teman semua..hari ini baru ada masa sikit untuk berkongsi cerita dan berita..kelelahan selepas hari raya tak dapat di nafikan..dengan beban tugasan di pejabat..menjauhkan aku dengan blog ni..sekarang baru boleh bernafas sikit..hahaha...:)

Kali ini aku nak cerita tentang perjumpaan hari raya dengan rodong-rodong TU(kawan-kawan)..perjumpaan ini berlangsung pada 2.10.10 yang lalu..inilah perjumpaan terbesar ahli kelab TU(TEMERLOH UNITED)..yang aku sertai..tersangat meriahnya..meskipun cuma hanya 200 orang yang sempat mrnghadirkan diri..dah kira satu pencapaian terbaik..kami berjaya merealisasikan kewujudan di pelantar maya ke alam nyata..berbagai acara dan adegan berlaku pada hari yang bersejarah ini..sesunggohnya memang sunggoh meriahnya..







Tarikh ini tercatat didalam dairi TU dan berita tersebar di dalam akhbar juga..sungguh mendapat publisiti..diharapkan segala yang di lalui bersama seluruh ahli kelab akan berterusan..gembira dan ceria bersama..kami menjadi satu keluarga bahagia yg besar kini...di harap selepas ini akan ada lagi perjumpaan2 lain dan acara2 bagi merapatkan lagi silaturrahim antara TU..dan berkongsi segala kebaikan bersama..membantu meringankan beban kepada ahli2 yg kurang bernasib baik..yang bermasalah..berkongsi cerita dan berita,petua dan info2 positif sesama kita..Aku bangga dengan TU..syabas untuk semua rodong-rodong...