Thursday, September 23, 2010

Hampir 3 tahun yang lalu,aku memulakan tugas sebagai kerani di syarikat PERNEC PAYPOINT..sehingga ke hari ini,aku masih di sini..Sebelum ini aku di rumah sahaja menguruskan anak-anak..tetapi bila keadaan hidup berubah,makanya segala nya harus bermula..hidup ku bermula dari A...merangkak-rangkak untuk mencari tapak ..apa pun jua..kehidupan harus di teruskan..tidak perlu untuk menangisi segala yang berlaku,tak perlu untuk menuding jari siapa benar siapa bersalah..apa yang terjadi adalah sudah menjadi sebahagian peraturan hidup..perlu motivasikan diri sendiri untuk sama-sama bersaing hidup di dunia yang fana ini..tiada harta kemewahan untuk di banggakan kecuali 6 orang cahaya mata yang sangat ku sayangi..biar betapa getir laluan hidup ini,mereka menjadi keutamaan...pada mulanya memang terasa amat payah,sukar,susah dan segala macam keperitan yang di temui.tetapi aku tak mudah untuk mengalah..ku harungi juga..diam tak diam masa berlalu 6 tahun kini..dan aku masih aku...

Kesepian ku ubati dengan mencari sesuatu yang dapat memberi semangat untuk aku terus hidup..aku masih meneruskan minat melayari internet..zaman makin canggih..aku tak mau ketinggalan..setelah aku menjadi ahli facebook maka makin banyak yang aku temui..paling seronok dapat bertemu teman-teman dari bangku sekolah yg telah lama terpisah...tahun ini mencatat sejarah di mana aku menjadi ahli pula kepada satu kelab di facebook..TEMERLOH UNITED.yang di anggotai oleh anak-anak kelahiran temerloh,tempat tumpah darahku..setakat ini penglibatan ku dengan kelab ini sungguh memberi aku inspirasi,idea dan yang paling seronok kemesraan di internet kami jadikan kenyataan..pertemuan2 yg di adakan menambah eratnya hubungan sesama kami..kami sepertinya sebuah keluarga yang besar..terdiri dari berbagai lapisan latar belakang,kebanyakan nya sangat perihatin dan berjiwa penyayang..TU,bukan sahaja sebuah kelab yg dilahirkan di alam cyber,tapi telah di realisasikan ke alam nyata,dimana kami telah pun mendftarkan nya untuk di iktiraf sebagai sebuah kelab/persatuan yang sah..berbagai acara telah kami aturkan dan yang antara lain untuk mempertemukan antara kami dalam suasana yg xeria dan meriah..sungguh seronok bila berada bersama mereka..banyak ilmu yang aku perolihi di sini,juga pengalaman kawan2 aku jadikan panduan untuk meneruskan perjuangan hidup..disamping itu aku juga berpeluang mengikuti kursus WRT dengan team cpp pada awal mac 2010..latihan ala komando ini memberi satu kepuasan dalam diri aku..disini aku memperolihi black belt yang pertama..!!bertemu kawan2 dari sudut yang lain pula..memang menyeronokkan..aku menggunakan kemudahan berfacebook dan internet sebaik mungkin..siapa kata ianya merosakkan?..pada yang hanya nak seronok,mungkin juga..tapi bukan aku...aku juga berkesempatan mengikuti acara lasak ATV RIDE di kalumpang dengan satu lagi kelab yang aku ikuti..kelab IT malaysia..disini kemuncak kepada kepuasan menjelajahi alam semula jadi dan mengikuti pengembaraan lasak dengan kenderaan ATV..kerjasama kawan2 dan pemilik ATV RIDE Kalumpang memberi keseronokan yang maksima..semuga akan ada lagi acara2 lasak unutk aku sertai selagi ada nya kudrat untuk melasakkan diri..:)



AJK  Wanita  aje ke, orang  lelaki nye  mane...



No comments:

Post a Comment